Bilik Darjah Bertema

Guru-guru SJKT Ladang Yam Seng telah bertungkus-lumus sepanjang dua tahun untuk menyiapkan lukisan mural bilik darjah yang berbeza-beza.

Setiap guru kelas memilih satu tema dan semua guru berganding bahu dalam melakar, melukis dan mewarnakan mural. Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, matlamat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dicapai apabila murid-murid berasa seronok untuk memasuki kelas mereka. Keceriaan kelas sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian murid-murid.

Kelas Tahun 1 mempunyai tema Underwater World. Dunia laut yang comel ini menggunakan ton warna sejuk seperti biru supaya mewujudkan suasana yang tenang untuk murid-murid tahun 1. 


Seterusnya, kelas Tahun 3 memilih tema haiwan setempat. Haiwan-haiwan setempat seperti tikus, ular, monyet, tupai, babi hutan, dan lain-lain dilukis dengan teknik dot. 



Di samping itu, kelas Tahun 4 mempunyai tema Disney. Genie yang besar dan comel menyambut kedatangan murid-murid di satu sudut manakala Aladdin yang kacak juga berdiri dengan penuh gaya. Satu sudut pula dihias dengan mural silhouette Lion King bertemakan Hakuna Matata.


Bukan sahaja itu, Kelas Tahun 5 bertemakan Dunia Pelangi. Konsep berwarna-warni ini sungguh sesuai dengan murid-murid tahun 5 yang bersifat aktif. Mereka amat suka akan tema yang ceria ini. Penggunaan warna primer dan sekunder digunakan dalam teknik mandala yang unik.


Akhir sekali, Tema Kelas Tahun 6 pula ialah Alam Semesta/Sistem Solar. Konsep kelas ini berbeza kerana melibatkan warna gelap sebagai latar belakang dan lukisan setiap planet dengan warna yang terang. Mural di kelas ini bukan sahaja istimewa tetapi amat sesuai untuk rakaman persembahan murid-murid. Guru matapelajaran Sains juga sering menggunakan mural ini sebagai ABM untuk topik sistem solar.



Comments

Popular posts from this blog

Ruang Akses Kendiri & Sudut Penggunaan Komputer

Taman Herba Pusat Sumber Sekolah