Made in Yam Seng: Jualan Produk SJKT Ladang Yam Seng

 


Hasil tanaman Taman Bunga sekolah seperti sayur Parsley, bendi, bunga, dan lain-lain dijual kepada warga sekolah dan ibu-bapa. Program ini disambut hangat oleh ibu-bapa kerana memudahkan mereka mendapat sayur-sayuran dan membantu mengumpulkan dana untuk sekolah.

Selain itu, murid-murid juga dapat merasai perasaan menjadi seorang usahawan apabila mereka belajar memperkenalkan produk sekolah kepada pelanggan, menerima dan mengira wang serta melaporkan jualan kepada guru pembimbing. Oleh itu, program ini menerapkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan murid-murid.



Murid-murid diberikan peluang menjadi "Salesperson of the Day".

Semua warga sekolah melibatkan diri dalam menjayakan program ini. Berikut merupakan gambar-gambar hasil tanaman sekolah.











Comments

Popular posts from this blog

Ruang Akses Kendiri & Sudut Penggunaan Komputer

Taman Herba Pusat Sumber Sekolah

Bilik Darjah Bertema