Posts

Showing posts from November, 2021

Ruang Akses Kendiri & Sudut Penggunaan Komputer

Image
  Walaupun SJKT Ladang Yam Seng merupakan sekolah kurang murid dan bersaiz kecil, murid-murid masih dapat mengakses netbook di ruang Akses Kendiri. Demi mengatasi cabaran rangkaian internet yang kurang stabil, koleksi audiovisual telah disediakan dalam netbook-netbook di ruang ini supaya murid-murid boleh menonton bahan seperti dokumentari pendek atau lagu-lagu dalam pelbagai bahasa. Ruang penggunaan netbook di kelas.   

Made in Yam Seng: Jualan Produk SJKT Ladang Yam Seng

Image
  Hasil tanaman Taman Bunga sekolah seperti sayur Parsley, bendi, bunga, dan lain-lain dijual kepada warga sekolah dan ibu-bapa. Program ini disambut hangat oleh ibu-bapa kerana memudahkan mereka mendapat sayur-sayuran dan membantu mengumpulkan dana untuk sekolah. Selain itu, murid-murid juga dapat merasai perasaan menjadi seorang usahawan apabila mereka belajar memperkenalkan produk sekolah kepada pelanggan, menerima dan mengira wang serta melaporkan jualan kepada guru pembimbing. Oleh itu, program ini menerapkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menjadi "Salesperson of the Day". Semua warga sekolah melibatkan diri dalam menjayakan program ini. Berikut merupakan gambar-gambar hasil tanaman sekolah.

Pusat Sumber Sekolah

Image
  Inilah Pusat Sumber SJKT Ladang Yam Seng. Terdapat beberapa sudut yang menarik di pusat sumber ini untuk kegunaan semua warga sekolah. Ruang Membaca Surat Khabar. Ruang Aktiviti Berkumpulan. Ruang Karya Agung. Kaunter Sirkulasi Ruang Hasil Kerja Murid dan ABM Ruang Tayangan

Fly, fly away! Don't disturb me!

Image
  Ruang bacaan istimewa ini disediakan supaya murid-murid boleh membaca dengan dalam suasana yang selesa dan tenang tanpa gangguan lalat. Antara masalah yang dihadapi di sekolah ialah gangguan lalat jadi ruang ini dapat melindungi murid-murid daripada lalat.  Selain itu, ruang ini juga merupakan satu tempat yang selesa dengan patung-patung comel. Pendekatan ini sesuai untuk murid-murid yang lebih gemar membaca secara bersendirian dan menarik perhatian murid-murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap aktiviti membaca.  Sudut ini juga mengasingkan murid-murid daripada rakan-rakan yang suka bersembang. Ini boleh membantu mereka menumpukan perhatian dalam aktiviti membaca. Murid-murid sangat suka akan sudut ini kerana mereka rasa seperti mereka berada dalam dunia yang lain. 

Taman Herba Pusat Sumber Sekolah

Image
  Taman Herba Pusat Sumber SJKT Ladang Yam Seng merupakan sebuah ruang rekreasi untuk semua warga sekolah. Murid-murid dapat melihat pelbagai jenis tanaman di taman ini. Taman ini bermatlamat memberikan pengalaman realistik kepada murid-murid dalam mempelajari sifat-sifat pelbagai flora. Guru-guru juga boleh menggunakan taman ini sebagai bahan maujud untuk PDPC. Kawasan "Green Pathway" telah disediakan untuk murid-murid supaya mereka boleh menikmati suasana yang indah. Kawasan laluan  yang mengalu-ngalukan pelawat.

Bilik Darjah Bertema

Image
Guru-guru SJKT Ladang Yam Seng telah bertungkus-lumus sepanjang dua tahun untuk menyiapkan lukisan mural bilik darjah yang berbeza-beza. Setiap guru kelas memilih satu tema dan semua guru berganding bahu dalam melakar, melukis dan mewarnakan mural. Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, matlamat untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dicapai apabila murid-murid berasa seronok untuk memasuki kelas mereka. Keceriaan kelas sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian murid-murid. Kelas Tahun 1 mempunyai tema Underwater World. Dunia laut yang comel ini menggunakan ton warna sejuk seperti biru supaya mewujudkan suasana yang tenang untuk murid-murid tahun 1.  Seterusnya, kelas Tahun 3 memilih tema haiwan setempat. Haiwan-haiwan setempat seperti tikus, ular, monyet, tupai, babi hutan, dan lain-lain dilukis dengan teknik dot.  Di samping itu, kelas Tahun 4 mempunyai tema Disney. Genie yang besar dan comel menyambut kedatangan murid-murid di satu sudut mana