Fly, fly away! Don't disturb me!

 


Ruang bacaan istimewa ini disediakan supaya murid-murid boleh membaca dengan dalam suasana yang selesa dan tenang tanpa gangguan lalat. Antara masalah yang dihadapi di sekolah ialah gangguan lalat jadi ruang ini dapat melindungi murid-murid daripada lalat. 

Selain itu, ruang ini juga merupakan satu tempat yang selesa dengan patung-patung comel. Pendekatan ini sesuai untuk murid-murid yang lebih gemar membaca secara bersendirian dan menarik perhatian murid-murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap aktiviti membaca. 





Sudut ini juga mengasingkan murid-murid daripada rakan-rakan yang suka bersembang. Ini boleh membantu mereka menumpukan perhatian dalam aktiviti membaca. Murid-murid sangat suka akan sudut ini kerana mereka rasa seperti mereka berada dalam dunia yang lain. 



Comments

Popular posts from this blog

Ruang Akses Kendiri & Sudut Penggunaan Komputer

Taman Herba Pusat Sumber Sekolah

Bilik Darjah Bertema